Event Date
6hb – 8hb Disember 2024 (Jumaat, Sabtu, Ahad)
Event Time
10.00 pagi - 11.30 malam
Event Venue
Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
PAS TAMU MALAYSIA @ RM50.00 (Sumbangan CSR)
**Yuran tidak termasuk caj proses dan caj perbankan atas talian
FAEDAH SUMBANGAN CSR
Jemputan sebagai tetamu eksklusif di tempat duduk terhad bagi setiap acara selepas jam 8.00 malam melalui pilihan tarikh kehadiran
Goodies bag penaja bernilai RM30.00
Slot Cak Kun Cak & Resolusi Bengkel di pentas utama
Kupon potongan 20%-30% bagi setiap pakej tempahan majlis perkahwinan di bawah KJ Wedding Planner Ipoh sehingga 31 Disember 2025
Voucher Murukku Doorgift bernilai RM100 bagi setiap tempahan 200 pack pertama Che Ani Premium Sdn Bhd sehingga 31 Disember 2025
PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR
SETIAP 10.00PAGI & 2.30PETANG
Acara ‘Tamu Restu (Foyer Panggung Bandaraya)
- pengunjung akan diraikan dengan acara sambut tetamu oleh Tatihseni Arts Academy
SETIAP 11.00 PAGI & 3.00 PETANG
Acara ‘Tamu Berlagu’
- pengunjung berpeluang menyaksikan acara persembahan kebudayaan dimulakan dengan perarakan masuk sekumpulan penari mengiringi pengantin dengan iringan muzik gamelan. Pengantin disambut dengan Silat Tari Pengantin. Mak Andam beraksi berbalas pantun dalam slot tol pengantin sehingga pengantin diarak masuk duduk di pelamin. Acara diteruskan dengan tarian pembukaan sambut pengantin. Bacaan doa dibaca. Mak Andam menjemput 10 pengunjung terpilih ikuti adat istiadat ‘Tamu Salam Restu’. Nyanyian lagu pengantin & tari menari menjadi acara selingan. Tayangan ‘Tamu Layar’ Noraniza Idris disiarkan sebagai selingan. Tayangan berinformasi tentang ‘Adat Berinai’ oleh Penasihat Tamu Adat Istiadat Perkahwinan Melayu oleh YM Raja Andak disiarkan di skrin. Acara ini diakhiri dengan segmen ‘Tamu Cak Kun Cak’ menjemput tetamu berjoget lambak dalam penutupan acara. Akhir sekali adalah sesi fotografi beramai-ramai.
12.00 TENGAHARI & 4.00 PETANG
Acara Berhenti Rehat
SETIAP 4.00 PETANG (RUANG LEGAR TERBUKA)
‘Tamu Workshop’ Bersama Fasilitator Encik Muzzameil Che Morat & Cik Nuramirah Norhisan
i) Zapin Penawar Kita – 6 Disember 2024 / Jumaat
ii) Joget Dondang Sayang Portugis - 7 Disember 2024 / Sabtu
iii) Dikir Barat Dikir Puteri - 8 Disember 2024 / Ahad
7.00 MALAM
- Bersurai & Rehat
8.00 MALAM
Acara ‘Tamu Berlagu’
- dimulakan dengan acara ‘Tamu Restu’ tarian sambutan menyambut ketibaan Tamu Malaysia. Paluan kompang berkumandang mengiringi VVIP yang diraikan ke pentas utama. Seterusnya keberangkatan masuk Pengantin sebenar dalam acara Berinai Besar disulami dengan jual beli pantun dalam acara tol pengantin. Paluan tingkah kompang antara kumpulan pengantin perempuan dan lelaki. Setelah selesai acara tol, Pengantin lelaki disambut oleh pengantin perempuan menuju ke pelamin. Pengacara majlis mulakan dengan doa selamat. Acara pembukaan tarian dimulakan. Tamu Restu dimulakan dengan adat istiadat Salam Restu oleh VVIP yang diraikan seterusnya merasmikan ‘Tamu Malaysia 2024’. VVIP diiring ke tempat duduk dengan paluan kompang untuk menjamu selera di meja makan beradab. Segmen Tayangan ‘Tamu Layar’ disiarkan. Tamu layar mengisahkan tentang kisah hidup Noraniza Idris semasa kecilnya yang dibesarkan oleh datuknya seorang Mak Andam yang sangat garang.
Acara pertandingan TARI TRADISI 2024 (8 DISEMBER 2024 SAHAJA) menjadi acara utama mempertaruhkan kehebatan koreografer terbaik dalam acara tarian sambut pengantin secara kreatif. Seterusnya segmen ‘Tamu Legenda’ mengisi ruang Panggung dengan Lagu-Lagu Melayu Klasik nyanyian oleh Noraniza Idris, Ihab Ismail dan Azmir Arif. Slot Resolusi bengkel mengambil alih melibatkan peserta bengkel menjadi lebih gamat dengan aksi peserta iringi artis sebagai penari dan penyampaian sijil peserta. Seterusnya sesi penyampaian hadiah pemenang Tari Tradisi 2024 disampaikan oleh VVIP yang diraikan. Tamu Cak Kun Cak menjadi penutupan acara. Curtain Call sesi pengenalan team produksi & sesi fotografi
11.30 malam
Acara Tamat & Bersurai
ACARA KHAS TAMBAHAN
6 DISEMBER 2024 / JUMAAT
12.30 TENGAHARI HINGGA 2.00 PETANG (PENTAS UTAMA)
- Pertandingan Kemahiran Kluster Tarian Tradisional Bahagian 1 Tatihseni Arts Academy
4.00 PETANG - 6.00 PETANG
- Pertandingan Kemahiran Kluster Tarian Tradisional Bahagian 2 Tatihseni Arts Academy dinilaikan oleh Panel Penilai Puan Noraniza Idris, JKKN dan DBKL
7 DISEMBER 2024 / SABTU
4.00 PETANG - 6.00 PETANG (PENTAS UTAMA)
Acara Tamu Konvo’24
- Majlis Penyampaian Sijil Pelatih Tatihseni Arts Academy Oleh Tamu Canselor Tatihseni Arts Academy, Dr Mohammad Ihab Bin Ismail, Motivator Akhlak Dan Kerjaya Cemerlang .
8 DISEMBER 2024 / AHAD
6.00 PETANG (RUANG LEGAR TERBUKA)
Acara ‘Tamu Parade’
- acara perarakan budaya dari Jalan Raja ke Panggung Bandaraya (8 Dis sahaja. ‘Tamu Resolusi’ bengkel dipersembahkan sebagai penutup
8.00 MALAM ( PENTAS UTAMA)
Pertandingan Tari Tradisi 2024 Kategori Terbuka