DI SEBALIK TOPENG
Sebuah Pementasan Teater Eksperimental
Di Sebalik Topeng membawa penonton menyelami dunia terapi kumpulan yang penuh dengan rahsia, kesakitan, dan penebusan. Di pusat cerita ini adalah seorang wanita yang menderita masalah kesihatan mental. Dalam sesi terapi ini, dia tidak bersendirian. Turut serta dalam kumpulan tersebut adalah individu-individu lain yang membawa beban hidup masing-masing: individu yang cuba melarikan diri dari bayang-bayang masa silam. Sepanjang sesi tersebut, topeng-topeng yang dipakai oleh setiap watak mulai tertanggal. Mereka mula berkongsi kisah hidup yang tersembunyi, meluahkan perasaan yang terpendam, dan mengakui kesilapan yang menghantui mereka. Konflik dan ketegangan yang muncul dalam sesi terapi ini mendedahkan kerapuhan dan kekuatan manusia, menunjukkan bagaimana setiap individu, walaupun terperangkap dalam dosa dan kesakitan, masih mencari cahaya dan pengharapan.
"Di Sebalik Topeng" adalah satu eksplorasi mendalam tentang identiti, penebusan, dan hakikat manusia yang sering menyembunyikan sisi gelap di sebalik wajah yang kelihatan sempurna. Persembahan ini memaksa penonton untuk berhadapan dengan realiti kehidupan yang penuh dengan cabaran, di mana setiap orang memiliki cerita dan rahsia yang mereka simpan di sebalik topeng yang mereka pakai. Mampukah mereka melepaskan diri dari kegelapan itu, atau akan terus terperangkap di dalamnya?
Watak Watak
1. Pesakit Mental | Fauziah Dato HJ Ahmad Daud A.M.N
2. Kaunselor | Gibran Agi
3. Narcissist | Ard Omar
4. Pedagang Manusia | Leesha MK
5. Scammer | Rayden Ahmad
6. Mangsa Keganasan Rumah Tangga | Nor Azila
7. Penagih Dadah | Luqman Muqri
Karya
Azhar Jalil
Sobri Anuar Tarmizi
Pengarah
Zainorhisyam Samudin