• Home
  • Events
    Current Events Past Events
  • News
  1. Home
  2. Konsert Qalam Noraniza Idris

Konsert Qalam Noraniza Idris

27 Sep 2024
Panggung Bangsawan Melaka

  • General Information
  • Seat Map
  • T&C

‘Qalam Noraniza Idris’ adalah sebuah konsert solo pertama Ratu Irama Etnik Malaysia, Noraniza Idris. Berdurasi 150 minit. Terdapat 12 segmen persembahan. Di tengah-tengah persembahan ada 8 segmen etnik pilihan yang dinamakan ‘Kreatif Andani’ bermaksud ‘Kreatif Bunga Indah’ adalah pertandingan koreografi tarian etnik kreatif oleh 24 koreografer hebat dari seluruh Malaysia yang akan mengiringi sepanjang persembahan Noraniza Idris. Seramai lebih 400 penari seawal usia 7 tahun hingga dewasa akan berkampung budaya di Panggung Bangsawan Melaka sepanjang 3 hari. Konsert unik ini akan diadakan sepanjang 3 malam dengan persembahan 24 buah lagu-lagu popular Irama Malaysia Noraniza Idris bermula dari album ‘Ala Dondang’ hingga lah single terbaharu ‘Penawar Kita’. Antara 10 persembahan lagu-lagu kepelbagaian etnik pilihan Noraniza Idris adalah dari etnik Orang Asli, Cina, India, Sabah, Sarawak, Siam, Minang, Jawa, Portugis, Baba Nyonya selain lagu berunsur rodat, zapin, dikir barat, samrah, hanuman, joget, hadrah dan lain-lain. 

Konsert Qalam Noraniza Idris ini dianjurkan sempena 3 dekad Irama Malaysia dalam industri muzik bermula 1994-2024.

Tema pakaian adalah  Kebangsaan atau merujuk kepada lagu-lagu etnik Irama Malaysia. 

10 hadiah penaja akan disampaikan kepada pembeli tiket bertuah yang akan diumumkan sebagai pemenang pakaian ‘Irama Malaysia’ paling sporting setiap hari. 

Persembahan segmen ‘Kreatif Andani’ pada 27 September (Jumaat) jam 8.30 malam, nyanyian Noraniza Idris akan diiringi oleh penari-penari Cilik berusia 7-12 tahun. Manakala pada 28 September (Sabtu) akan diiringi oleh penari remaja 13-17 tahun dan 29 September (Ahad)  oleh terbuka 13 tahun ke atas.  

Artis undangan terdiri daripada Dr Ihab Ismail, Azmir Arif, Miey Sanisha dan Siti Sarah Ahmad Jamil. 


Harga Ticket 
RM249.00 - Seri Balas
**Makan Malam dan sesi 'Up Close and Personal' dengan artist, Bingkai Gambar Etnik Pilihan dengan autograf artis, Hamper Snek Murukku dari penaja Snek Rasmi Che Ani Premium
RM199.00 - Masyhur 
**Sesi Meet & Greet, Bingkai Gambar Etnik Pilihan dengan autograf artis, Goodies Beg Snek Rasmi Murukku dari Che Ani Premium
RM149.00 - Ala Dondang
**Sesi Meet & Greet, Bingkai Gambar dengan autograf artis, Goodies Beg Snek Rasmi Murukku dari penaja Che Ani Premium
RM99.00 - Sawo Matang
**Sesi Meet & Greet, Poskad etnik pilihan dengan autograf artis, Goodies Beg Snek Rasmi Murukku dari penaja Che Ani Premium

(Harga tiket tidak termasuk 3% caj perbankan atas talian @ RM5 untuk pembayaran FPX)

Untuk sebarang pertanyaan/makluman lanjut berkenaan tiket konsert, boleh menghubungi talian hotline  +601113297822.

GENERAL TICKET INFORMATION

 

All Tickets sold online and issued electronically only | No refund of exchange of tickets once payment is confirmed under any circumstances | Ticket price is inclusive of handling fees of RM4 per ticket | Ticket price is exclusive of payment processing fees.

 

CONCERT TERMS & CONDITIONS

 

Each ticket is valid for one-time admission only | Strictly no video recording and photography during the event | Lost or damaged ticket(s) will not be entertained | Tickets sold are not refundable / exchangeable | Strictly No Drugs and alcohol allowed | Smoking, outside food and drinks are not allowed in the venue | Attendees will need to be at least 6 years old on the date of the event and will be asked for photo ID as proof of age.

The Event Organizer may refuse entry to holders of tickets that are not genuine, purchased or acquired from unauthorized agents, or damaged | The resale or use of tickets by third parties in connection with other offers and promotions of tickets without the prior authorization or written consent of the Event Organizer is prohibited | The Event Organizer reserves the right to cancel any tickets that have been resold or used by third parties in connection with other promotions, without a refund and the bearer of the ticket may be refused admission